Warga ISMA Melaka Ucap Syabas Buat Penganjur KOBANNA

Bangi, 30 Januari 2010 – Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna (KoBanna) dalam melakar agenda bangsa telahpun berlalu dengan jayanya bertempat di Dewan Sri Sarjana, Uniten di sini hari ini. Media ISMAmelaka.com sempat meninjau pendapat peribadi beberapa tokoh ISMA Melaka serta peserta-peserta yang turut sama memeriahkan rombongan 4 bas dan beberapa kenderaan persendirian.

Ustadz Zaidi Abd Jalil, Naib YDP ISMA Melaka dalam ulasannya melihat usaha KoBanna secara umumnya merupakan satu anjakan untuk ISMA dalam rangka menjadi pelopor dan rujukan dalam mengenengahkan fikrah IM dan implimentasinya dalam konteks masyarakat Malaysia. Beliau juga melahirkan rasa gembira melihat kembali terhimpunnya rakan-rakan asatizah yang pernah melalui pengalaman dakwah dan tarbiah bersama sewaktu di Mesir dahulu. Di samping itu, beliau berharap agar kehadiran peserta yang majoritinya adalah dalam julat usia 20 – 30 an, memberi satu sinar harapan yang besar kepada fikrah dan dakwah ini.

Turut berkongsi sentimen yang sama ialah Saudara Muhammad Lukman al-Hakim, Biro Belia ISMA Melaka. Tegasnya, Konvensyen Pemikiran Hasan Al Banna yang baru sahaja berlangsung memperlihatkan kesungguhan dan keprihatinan golongan belia, khususnya para pelajar institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dalam memahami isu berkaitan politik tanahair. Ini terbukti melalui pemerhatian kasar beliau yang mendapati lebih 80% peserta konvensyen adalah terdiri daripada golongan muda, malah 100% peserta yang bertanya soalan dalam ketiga-tiga sesi juga terdiri dari golongan yang sama. Yang pasti, indikator positif ini memberikan sedikit nafas lega, setelah sekian lama negara dibelenggu masalah dinginnya sambutan golongan belia negara terhadap isu-isu politik semasa tanahair, ujar beliau lagi.

Wartawan ISMAmelaka.com juga berkesempatan menemubual Saudara Harris selaku Biro Dakwah ISMA Melaka. Dengan penuh keyakinan, beliau mengungkapkan kata-kata yang agak menarik,

This convention had been a successful one in getting the message across on how to implement the dakwah of Hassan al-Banna in Malaysian context – thus, highlighting the crucial need of the Malay Agenda. It is also emphasizing our stand in the hullabaloo of the political turmoil in Malaysia – where we are  committed  to synergizing both Islamist or Nationalist worlds.

Saudara Abu Husin dan Hazri, siswa MMU yang ditemui turut memuji isi konvensyen yang didakwa membantu mereka memahami arah tuju ISMA dengan lebih jelas. Mereka juga turut teruja melihat kehadiran ramai lagi siswa dan siswi dari segenap ceruk tanahair. Menurut Hazri, konvensyen ini memberikan berita gembira bahawa mereka tidak keseorangan dalam melakar agenda bangsa. Namun begitu, penganjur juga dicadangkan agar dapat menyelitkan beberapa aktiviti atau selingan video bagi mengekalkan fokus audien, tambah rakan mereka, saudara Faain.

Ketepatan majlis. Disiplin peserta. Pengurusan pendaftaran dan transportasi. Semuanya tip top!

Begitu pula jawapan yang diberikan oleh Saudara Amru, Bendahari II ISMA Melaka, ketika diajukan soalan yang sama. Beliau turut menyatakan usaha ISMA ini bukan sahaja mampu memberi faham kepada masyarakat umum, bahkan yang lebih penting ialah bagaimana ahli-ahli dan sukarelawan ISMA sendiri mampu menghadam dan menghayati fikrah IM yang diketengahkan agar dapat membantu mereka membumikan agenda ini di lokaliti masing-masing.

Akhir kata, meskipun masih terlalu jauh untuk difahami dan dirasai oleh umum, namun idea yang diketengahkan terutama yang berkaitan dengan isu Melayu Muslim selaku bangsa tonggak kepada agenda ummah boleh dijadikan sebagai asas dalam rangka usaha ISMA membumikan dakwah dan fikrah IM di tanah air tercinta.

Semoga usaha seperti ini akan bisa mempertautkan kembali ikatan janji setia yang pernah dimeterai bersama; yang berkemungkinan layu dan hilang serinya dek kerana kabus gerhana yang melanda sebelum ini.

Dilaporkan oleh,
Media ISMAmelaka.com

Filed Under: Catatan Perjalanan

Tags: , ,

About the Author

Dengan slogan "Melakar Fikiran Ummah", Media Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Melaka komited dalam memperjuangkan eksistensi dan kebolehupayaan umat Islam di Malaysia amnya dan di Melaka secara khususnya melalui propaganda telus dan dipercayai.

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. [...] Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa telahpun berlalu dengan jayanya. Media ISMAmelaka.com sempat meninjau pendapat peribadi beberapa tokoh ISMA Melaka serta peserta-peserta yang turut sama memeriahkan rombongan 4 bas dan beberapa kenderaan persendirian. Ustadz Zaidi Abd Jalil, Naib YDP ISMA Melaka dalam ulasannya melihat usaha KOBANNA secara umumnya merupakan satu anjakan untuk ISMA dalam rangka menjadi pelopor dan rujukan dalam mengenengahkan fikrah IM dan implimentasinya dalam konteks masyarakat Malaysia. BACA SELANJUTNYA DI SINI. [...]

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.