Biro Wanita

Islam tidak menafikan peri penting turut samanya kaum muslimat dalam menghadapi perjuangan yang serba mencabar di abad ini. Biro Wanita ISMA memikul tanggungjawab dalam pembentukan masyarakat Rabbaniyah yang bertitik tolak dari Baitul Muslim yang sejahtera.

Pelbagai aktiISMAmelaka.com - NAZIMviti kekeluargaan yang melibatkan muslimat dan juga golongan anak-anak dalam usaha memberi pendidikan Islami yang sewajarnya sejak usia muda lagi. Biro Wanita juga bertangungjawab mengawal selia program dan variasi aktiviti untuk anak-anak di bawah usia sekolah rendah telahpun melancarkan Nadi Asybal wa Zahrawat ISMA Melaka atau ringkasnya NAZIM.

NAZIM dengan pelbagai aktiviti ringan telahpun memacu usaha dakwah Biro Wanita untuk saling melengkapi perjuangan dan mendokong aspirasi yang dialungkan ISMA sekemas mungkin. Untuk sebarang kerjasama, sila berhubung dengan senarai di bawah:

  • Ustadzah Rosita Rejab
  • Puan Lailayati – 013-600 1723

Salam takzim.