Kehadiran Bayi Ramadhan Ceriakan Keluarga ISMA Melaka
Muar, 16 Ogos -Pasangan bahagia aktivis ISMA Melaka, Cikgu Zul dan CIkgu Yati menerima berita gembira dengan kelahiran anak kelima mereka tanggal jam 8:20 malam, 16 Ogos 2010 yang lalu bertempat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Muar.
Bayi dengan berat 2.8 kilogram ini diberi nama Yusof Adam hasil gabungan nama-nama nabi yang soleh. Yusof lahir empat hari selepas kelahiran ‘Iffah Muslehah, anak kedua pasangan Saudara Aizat dan Amalia.
Diharapkan bertambahnya generasi baru sepanjang Ramadhan ini membuka lebih rezeki buat pasangan Cikgu Zul dan Cikgu Yati dan Saudara Aizat dan Amalia serta keluarga ISMA Melaka amnya.
Cikgu Zul boleh dihubungi di talian 013-6001722.
“Barakallahu lakum fil mauhub. Wa syakarta al Wahib. Wa balagha asyuddahu. Wa ruziqta birrahu.” (Semoga Allah memberkati kamu pada anak yang dikurniakanNya kepada kamu, semoga kamu mensyukuri Tuhan Yang Maha Pemberi, semoga anak itu akan mencapai umur kuat/matangnya dan semoga kamu akan diberi rezeki kebaikannya).
Dilaporkan oleh,
Media ISMAmelaka.com
Filed Under: Berita • Komuniti ISMA




