ISMA Melaka dekati masyarakat Alor Gajah melalui program “Semarak Ramadhan 1431H”

Ayer Paabas,15 Ogos 2010 – Tradisi penyediaan bubur lambuk sempena bulan Ramadan diteruskan dalam siri program khidmat masyarakat “Semarak Ramadhan 1431H” di Masjid Saga, Kampung Ayer Pa’abas pada ahad yang lalu.

Kehadiran pasukan khidmat masyarakat seawal 9 pagi yang terdiri daripada ahli dan sukarelawan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) juga Persatuan Belia Islam Nasinal (PEMBINA) cawangan Melaka memecahkan keheningan pagi di Kampung Ayer Pa’bas, Alor Gajah. Pelajar-pelajar MRSM Alor Gajah juga tidak melepaskan peluang membantu penduduk kampung menyediakan tiga periuk bubur lambuk dan juadah berbuka puasa untuk 400 orang.

Sebuah hadis yang bermaksud, “Barangsiapa yang memberi makanan berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, maka pahalanya seumpama orang yang berpuasa itu tanpa berkurang sedikitpun” dijadikan iktibar untuk menjayakan program ini.

Program anjuran ISMA, PEMBINA dan JKKK Kg Ayer Pa’abas ini telah dirasmikan oleh YB Taboh Naning, Datuk Latifah Omar selepas selesai Iftar dan solat maghrib berjemaah.

Pengarah program, En Mursyidi B Mohammad berkata, konsep gotong-royong dan kerjasama erat yang ditunjukkan oleh penduduk kampung dan sukarelawan yang datang membantu patut dicontohi oleh golongan muda terutamanya dalam menjalani kehidupan bermasyarakat.

Walaupun terik matahari dan peluh bercucuran semasa memasak bubur lambuk dan juadah berbuka puasa, kepenatan yang dirasakan amat berbaloi kerana dapat melaksanakan amalan sedekah tenaga di bulan Ramadhan, katanya ketika mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk kampung di sekitar Masjid Saga.

Filed Under: BeritaKomuniti ISMA

Tags: , , , , ,

About the Author

Mursyidi Mohammad merupakan Ketua Biro Media ISMA Melaka yang bergiat aktif dalam mengendalikan pelbagai seminar dan kursus di sekitar Melaka. Beliau merupakan graduan University of Auckland, New Zealand dan kini berkhidmat di Petronas Penapisan Melaka Sdn Bhd. Blog : www.mursyidi.com

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.