ISMA Melaka | Membina Generasi Harapan

Jemputan ke Seminar Ibubapa Soleh Anak Cemerlang
Adakah anda telah bersedia menjadi ibu bapa/guru/pengasuh yang membentuk anak-anak yang berakhlak dan cemerlang?

Tahukah anda, ianya boleh dimulakan ketika anak di peringkat kandungan lagi?

Adakah anda sebagai ibubapa, pengasuh atau guru memahami psikologi anak-anak?

Mahirkah anda menggunakan pendekatan psikologi yang terbimbing dari sudut pandangan Islam dalam pendidikan anak-anak?

Temuilah jawapan mengenai segala persoalan mengenai anak anda dalam seminar ini!

SEMINAR IBUBAPA SOLEH ANAK CEMERLANG

Bila?

18 Februari 2012 (Sabtu)

8.00 pagi hingga 4.30 petang

Di mana?

Dewan Auditorium, Masjid Al-Azim, Melaka

Anjuran:

BIRO PEMBANGUNAN WANITA & KELUARGA ISMA MELAKA

RANGKAIAN TADIKA LITTLE CALIPHS MELAKA

Berapakah Perlu Anda Bayar?

RM30 SAHAJA!!

Maybank Siti Affiza binti Mohammad 1621-0667-5098

Berminat Menyertainya?

Hubungi:

Pn. Asmizana Tarmizi

06 – 352 2458

017 – 2525 220

asmizana.tarmizi@gmail.com

Siapa Patut Hadir?

Ibu

Bapa

Guru Tadika

Guru Sekolah Rendah

Bakal Ibu Bapa

Bakal Guru

BERSAMA TAJUK YANG MENARIK  & PANELIS YG BERKALIBER

Ceramah 1 : BAGAIMANA ACUAN BEGITULAH KUIHNYA

Ustazah Razidah binti Adam

Ceramah ini memfokuskan tentang peranan dan tanggungjawab ibu bapa bermula daripada saat mendirikan rumahtangga, kepentingan gaya dan komunikasi keibubapaan dan kesannya terhadap peribadi anak-anak.

Ceramah 2 : ANAKKU SEHEBAT HASAN DAN HUSIN

Pn. Hajjah Sabariah Faridah binti Hj. Jamaluddin (Pengasas The Little Caliphs Program)

Ceramah ini membincangkan tentang hak pendidikan anak-anak dari segi pendidikan moral, jasmani, mental, rohani dan sosial mengikut Islam. Juga menfokuskan peripenting ibubapa memahami psikologi anak-anak.

Talk Show: MEMBINA GENERASI HARAPAN

Moderator: Ustazah Rosita binti Rejab (Ketua Wanita ISMA Cawangan Melaka)

Panel 1 :Ustazah Nik Norsaha binti Nik Mohammad

Daftar Sekarang!

TEMPAT TERHAD UNTUK 400 PESERTA TERAWAL!!

Outdoor NAZIM mengajak anak-anak menghayati seerah kelahiran Nabi Muhammad SAW
DURIAN TUNGGAL 29 Dec –  Seramai lebih kurang 20 orang ahli kelab NAZIM (Kelab Anak-Anak Hebat Melaka) bersama Ibubapa mereka  telah menyertai program Maulidur Rasul dan Outdoor NAZIM anjuran Biro Pembangunan Wanita ISMA Melaka.

Pengurus  program, Puan Asmizana berkata, selain mengajak mereka menghayati  seerah kelahiran Nabi, mereka juga didedahkan dengan pelbagai aktiviti  menarik seperti aerobic bertemakan lagu ‘Ar Ruhul Jadid’ ta’aruf,  latihan nasyid serta ‘river cruise’. Dalam slot tazkirah katanya, mereka  perlu diberikan sokongan dan galakan untuk terus belajar dan mendalami  seerah Nabi kerana ia boleh meningkatkan pengetahuan mereka terhadap  Nabi dan menumbuhkan rasa cinta kepada Nabi di peringkat kanak-kanak  lagi.

Menurutnya,  kesedaran ibu bapa pada masa kini terhadap kepentingan anak-anak  didedahkan dengan program Islamik semakin meningkat.

Kanak  – kanak ini juga dibimbing oleh beberapa orang guru tadika bagi  menghadapi Mahrajan NAZIM akan datang. Ia sebagai persediaan awal  sebelum latihan intensif dimulakan. Selain itu, acara utama yang  ditunggu adik – adik  NAZIM adalah ‘river cruise’  menyusuri Sungai Melaka. Adik – adik kelihatan lebih ceria berbanding  sesi di sebelah pagi. Tentunya, ia adalah pembelajaran tidak langsung  selain membantu mereka menjana minda dan berfikiran terbuka selain  melahirkan muslim  yang sihat tubuh badannya.

‘Program NAZIM yang dirancang merangkumi pelbagai aktiviti  outdoor dan indoor ini di harap  dapat  melahirkan modal insan yang merangkumi pembentukan intelek, potensi  diri, rohani, emosi serta keterampilan di kalangan adik – adik NAZIM.  Ibarat melentur buluh daripada rebung, semoga ia menjadi pendekatan  terbaik dalam mendidik anak-anak bagi memulakan langkah kehidupan mereka  di dunia ini’ , tambah Puan Asmizana lagi.

Jemputan ke Ceramah Bahaya Syiah
Assalamualaikum wbt,

Dengan segala hormatnya dijemput Tuan/Puan/Encik/Cik ke Ceramah Bahaya Syiah yang akan disampaikan oleh YDP ISMA Melaka, Ustaz Ahmad Zainal Abidin seperti berikut:

Tempat: Surau An-Najihin, Taman Merdeka, Melaka

Tarikh: 28 Januari 2012, Sabtu

Anjuran: ISMA Cawangan Melaka & Surau An-Najihin

Moga dengan kehadiran Tuan/Puan/Encik/Cik akan memeriahkan lagi program ini.

Dedahkan anak-anak dengan aktiviti yang baik
JOHOR BAHRU, 22 Jan. –  Anak-anak perlu diberi pendedahan oleh ibu bapa supaya mereka seronok  untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang baik sepanjang  proses pembesaran mereka, kata Ustazah Nurul Huda Baharin.

Justeru itu, kata Pengerusi Kelab Nadi  Ashbal wa Zahrawat ISMA (NAZIM) Cawangan Johor tersebut, program-program  yang dianjurkan oleh Kelab NAZIM ini adalah untuk memberi peluang  kepada anak-anak supaya mereka dapat meluangkan masa dengan  aktiviti-aktiviti yang telah disediakan.

“Program anjuran Kelab NAZIM yang  diadakan ini juga adalah untuk memberi peluang kepada semua anak-anak  supaya mereka dapat meluangkan masa dan melibatkan diri dengan semua  aktiviti-aktiviti yang telah disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika  ditemuramah oleh wartawan Media ISMA di program Bengkel Al-Quran dan  Kraf Anak-Anak anjuran Kelab NAZIM Cawangan Johor di sini hari ini.

Program pertama tahun 2012 anjuran Kelab  NAZIM ini diadakan sebagai satu tarikan kepada anak-anak NAZIM supaya  mereka lebih gemar untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan  pada sepanjang tahun.

“Jika kita melihat apa yang berlaku di  sekolah-sekolah, tidak semua pelajar dapat mengikuti aktiviti yang telah  dianjurkan oleh pihak sekolah.

“Tetapi di Kelab NAZIM, insyaAllah kita  akan pastikan anak-anak dapat mengikuti semua aktiviti-aktiviti yang  telah dirancang sepanjang tahun 2012 ini,” jelas Ustazah Nurul Huda  lagi.

Tambah beliau, antara objektif utama  program ini juga diadakan adalah untuk melahirkan anak-anak yang  beriman, berilmu, cergas dan kreatif.

Oleh itu, ujarnya, anak-anak ini telah  diberi pendedahan bahawa mereka perlu mengenali Allah dan mengenali  Al-Quran yang diturunkan untuk manusia terlebih dahulu.

“Pihak penganjur juga telah menyediakan  satu borang tindakan lanjut amalan baik serta akhlak mulia yang perlu  diisi oleh anak-anak serta disemak oleh ibu bapa mereka untuk kami  kenalpasti perkembangan mereka pada minggu yang seterusnya.

“Kami mengharapkan program ini bukan  seperti program-program biasa, tetapi ia adalah program pendidikan dan  tarbiyah yang berterusan bahkan sehingga mereka kembali kerumah dengan  penglibatan dan peranan ibu bapa mereka sendiri sebagai pembimbing,”  akhiri Ustazah Nurul Huda.

Program anjuran Kelab NAZIM ini telah  mengumpulkan kira-kira 20 anak-anak dalam lingkungan umur 9 hingga 12  tahun dari sekitar daerah Johor Bahru dan Skudai.

Program ini juga telah dibahagikan  kepada dua sesi iaitu Bengkel Al-Quran dan Bengkel Kraf yang memerlukan  anak-anak menghasilkan penanda buku mereka sendiri.

Sumber: www.ismaweb.net

Masyarakat Felda sambut baik slogan ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’
JENGKA, 15 Jan. – Slogan ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’ yang diperkenalkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mendapat sambutan yang positif daripada masyarakat Felda di sini.

Yang Dipertua ISMA Cawangan Kuantan, Ustaz Rushdan Abdul Halim menegaskan bahawa slogan tersebut merupakan jalan penyelesaian yang praktikal kepada kemelut permasalahan jatidiri yang melanda umat Islam di tanahair kini.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’ sempena program Kafilah Dakwah di Masjid Felda Jengka 9 di sini semalam.

Program ini dianjurkan bersama Biro Pendidikan Jengka 9, Badan Agama Jengka 9 dan ISMA Cawangan Temerloh.

Menurut Ustaz Rushdan, fokus ISMA dalam program Kafilah Dakwah ini untuk membina jatidiri Melayu Muslim melalui penghayatan Islam secara menyeluruh dalam masyarakat.

Masyarakat Felda menjadi sasaran kerana mereka adalah masyarakat Melayu Muslim sepenuhnya, tambahnya.

“Program ini juga bertujuan untuk menyatupadukan dan membentuk kesepakatan di kalangan orang Melayu dalam menjayakan aspirasi Islam di Malaysia walaupun berbeza pandangan dan latar belakang,” ujar Ustaz Rushdan.

Menurut beliau, ISMA akan ‘turun padang’ bagi mendekati masyarakat khususnya masyarakat Felda dan memupuk penghayatan agama secara menyeluruh untuk membina umat yang bertamadun.

“Melihat masalah sosial yang berlaku terutama di dalam masyarakat Felda, timbul kesedaran ISMA di Pahang untuk memberi sumbangan kepada menyelesaikan masalah ini dengan menyedarkan masyarakat perlunya kembali kepada penghayatan Islam secara menyeluruh dan kepentingan perpaduan serta persepakatan,” kata Ustaz Rushdan.

Beliau turut menyatakan bahawa masyarakat Felda adalah unik kerana terbentuk hasil persepakatan politik di antara Tun Abdul Razak dan Dato’ Asri Muda pada zaman 70-an dahulu.

Program Kafilah Dakwah ini akan menjelajah ke semua Felda di negeri Pahang.

Sumber: www.ismaweb.net

Sejarah Empayar Melayu Melaka
Sejarah 500 tahun kejatuhan empayar melayu islam Melaka

Sejarah Empayar Melayu Melaka adalah slot video terbaru di TV ISMA. Slot ini dibentangkan oleh Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, Naib  Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam  Kuliah Sirah anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) di  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Ustaz Muhammad Fauzi juga merupakan sedang menuntut dalam Pengajian Sejarah Peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Malaya.

Tonton Sejarah Empayar Melayu Melaka di http://tv.ismaweb.net/2011/12/sejarah-empayar-melayu-melaka-bhg-01/

<object width="640" height="360"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/KtUwqVglkyQ&rel=0&hl=en_US&feature=player_embedded&version=3"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowScriptAccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/KtUwqVglkyQ&rel=0&hl=en_US&feature=player_embedded&version=3" type="application/x-shockwave-flash" allowfullscreen="true" allowScriptAccess="always" width="640" height="360"></embed></object>

Jemputan ke Kem Lepasan SPM (KLS)
Assalamualaikum wbt,

Kelab Remaja ISMA (KRIM) dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Melaka akan  menganjurkan Kem Lepasan SPM (KLS) pada 21 Januari 2012 di Pejabat ISMA Melaka, Taman Angkasa Nuri.

KLS menyasarkan lepasan SPM 2011 dan pelajar yang bakal  menduduki SPM tahun ini digalakkan untuk turut sama mendapatkan  pendedahan awal.

Penceramah:

MURSYIDI MOHAMMAD, Jurutera Kanan Petronas Penapisan Melaka Sdn Bhd, Lulusan University of Auckland, New Zealand (Kejuruteraan Mekanikal)

USTAZ ZAIDI ABD JALIL, Guru MRSM Alor Gajah, Lulusan Universiti Al Azhar, Mesir (Syariah)

NURUL AIZAM ZAINI, Pegawai Eksekutif Multimedia Universiti (MMU), Lulusan MMU, Melaka (Human Resource)

Kepada para pelajar dan ibubapa yang berminat, sila  berhubung lanjut dengan urusetia seperti di bawah:

Mursyidi 013 2070696

Atikah 013 6039811

Ayuh merancang masa hadapan anda !!!

TV ISMA saluran media membangunkan umat yang beragenda
TV ISMA merupakan satu projek di bawah Biro Media & Penerangan  Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bagi mencapai beberapa sasaran yang  digariskan oleh kepimpinan ISMA.

Melalui TV ISMA, ahli ISMA dan juga masyarakat akan disajikan dengan  koleksi pilihan video-video klip pelbagai kategori yang akan menjadi  sokongan bahan ilmiah & tarbiyyah, laporan isu-isu semasa serta  penerangan dan penjelasan agenda dan fikrah ISMA itu sendiri.

Melangkah ke masa hadapan, TV ISMA yakin dan optimis untuk menjadi  salah satu saluran media utama yang telus dan proaktif dalam  membangunkan umat yang beragenda.

TV ISMA | Setulus Hati

Akhlak & kesepakatan umat asas kekuatan & pembangunan
Badan politik prihatin, menganalisa dan  bekerja lebih banyak mengenai pemerintah dan isu pemerintahan. Jemaah  dakwah Islam prihatin, menganalisa dan bekerja mengenai umat dan  pemerintah, kedua-duanya sekali. Bila sesebuah jemaah dakwah Islam  menyentuh tentang korupsi, rasuah, penyelewengan, tidak melaksanakan  Syariat dan seumpamanya, ada badan politik yang terasa. Bila sesebuah  jemaah dakwah Islam menyentuh tentang kesepakatan dan perpaduan, ada  badan politik lain pula yang terasa dan khuatir seruan sedemikian akan  diambil peluang oleh badan politik lain yang dikira sedang memasang  jerat perpaduan untuk memecahbelahkan kekuatan lawan lebih-lebih lagi di  ambang musim pilihanraya yang semakin tiba. Pendek kata tafsiran banyak  disandarkan kepada formula politik kepartaian yang sempit semata-mata  tanpa melihat maqasid Syarak yang lebih luas dari itu.

“Wahai orang-orang beriman,  bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar taqwa. Jangan kamu mati  melainkan kamu beragama Islam. Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah  (akhlak Islam dengan menolak korupsi dan penyelewengan) dan jangan kamu  bercerai berai (menolak perpaduan)” (Al-Quran)

Apa yang ketara di sini ialah, dalam  kedua-dua hal di atas, tindakbalas adalah lebih banyak dari badan-badan  politik yang peka dan telah mempunyai objektif tertentu untuk memenangi  pilihanraya setiap 4 tahun manakala rakyat atau umat jarang merasa  bahawa kedua-dua isu di atas adalah ditujukan kepada mereka selaku  anggota yang memilih pimpinan parti mereka setiap 2 tahun, atau rakyat  dan pengundi yang memilih kerajaan mereka setiap 4 tahun. Hakikatnya,  apabila kita menyeru kepada akhlak dan perpaduan, 90% dari seruan kita  dan pembesar suara kita dipalingkan kepada telinga, hati dan jiwa umat  ini yang merupakan penentu sebenar masa depan negara dan kekuatan  sebenar umat dalam menghadapi cabaran sengit di hadapan mereka.

Jika anggota dalam parti dan rakyat  pengundi Islam dalam sesebuah negara mempunyai dan meyakini  sebenar-benarnya prinsip Akhlak dan Perpaduan, mereka tidak akan memilih  atau membiarkan pimpinan parti mereka korup atau rela tidak berpadu,  lalu memilih pimpinan yang mempunyai agenda Akhlak dan Perpaduan.  Hakikatnya pimpinan yang baik lahir dari pengikut yang baik, manakala  pimpinan yang rosak dan tidak mempunyai agenda lahir dari pengikut yang  rosak dan tidak mempunyai agenda yang jelas dan jauh. “Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mentaatinya. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik” (Al-Quran).

Amat terang lagi bersuluh dalam banyak  negara-negara Islam di mana ramai dari para pemimpinnya yang korup dan  menyeleweng tetapi mereka tetap disanjung dan dipilih. Begitu juga ramai  dari para pemimpin umat Islam yang bertindak menyerang dan mengata  pimpinan sebahagian umat Islam yang lain, namun mereka tidak luka hati  dan jiwa melihat perpecahan hati dan ukhuwwah sedang kesatuan hati dan  ikatan perpaduan merupakan salah satu dari rukun Iman yang mempunyai  lebih dari 70 cabang. “Sesungguhnya orang-orang beriman itu adik beradik (ikhwah)” (Al-Quran).

Bersepakat tidak semestinya bermakna  bergabung dalam satu pertubuhan atau parti. Ia boleh juga berlaku  apabila dua atau lebih pihak dapat duduk bersama dan mencapai kata  sepakat dalam beberapa perkara, walaupun tidak sepakat dalam semua  perkara. Lebih ramai orang berkata “Kenapa Arab tidak bersatu atau tidak  boleh bersepakat dalam satu-satu isu?” dari berkata “Kenapa orang Islam  di negara-negara Arab tidak bersatu?”. Tiada siapa menyangkal bahawa  bangsa Arab adalah tulang belakang umat Islam di sana. Begitulah halnya  di Nusantara di mana bangsa Melayu adalah tulang belakang umat Islam di  rantau sini. (Foto : HAMAS dan FATAH sedang bermesyuarat bersama-sama,  sedang pihak kafir, Israel dan Amerika sentiasa cuba menggagalkannya.  Fenomena perbincangan rasmi beramai di atas belum dilihat oleh generasi  baru Malaysia hari ini).

Kemenangan yang hakiki adalah kemenangan  keseluruhan umat dan bukan kemenangan parti-parti tertentu yang  mewakili sebahagian umat Islam dan menyisihkan sebahagian yang lain.  Oleh kerana parti dan jemaah adalah jalan berusaha mencapai perubahan  dan kuasa, ia memang diperlukan tetapi ia sebagai jalan, wasilah atau  kenderaan, dan bukan matlamat. Kekuatan dan pembangunan Umat tidak dapat  dicapai jika umat redha kepada korupsi, penyelewengan kuasa dan  penolakan Syariat kerana firman Allah swt bermaksud, “Allah  berjanji kepada orang-orang beriman dan beramal saleh di kalangan kamu,  pasti Dia akan melantik mereka menjadi pimpinan di dunia sepertimana Dia  telah melantik pimpinan sebelum mereka …” (Al-Quran). Begitu  juga kekuatan dan pembangunan Umat tidak dapat dicapai jika Umat tidak  bersepakat dan berpadu kerana firman Allah swt bermaksud, “Dan  jangan kamu bergaduh, nescaya kamu rosak dan hilang kekuatan kami.  Bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (Al-Quran).

Ramai orang hanya melihat sesuatu isu  dan meletakkannya di atas bahu para pemimpin parti-parti sedangkan  bilangan mereka sangat sedikit. Siapa yang mengkaji Seerah akan  mendapati bahawa isu dan harapan sebenarnya diletakkan kepada Umat yang  merupakan sumber dan penentu kepada pimpinan dan negara. Imam Hasan  Al-Banna melihatnya juga sedemikian dengan kata-katanya, “Yang  bertanggungjawab dalam hal yang sedemikian ialah Pemerintah dan Rakyat,  kedua-duanya sekali.

Pemerintah yang tunduk  kepada Barat, dibelenggu oleh pengaut-pengaut keuntungan dan  kepentingan, melebihkan kepentingan diri melebihi kepentingan umatnya  sehingga tersebar penyakit-penyakit di dalam pentadbiran menyebabkan  banyak menfaat rakyat terbantut dan kesan buruknya tersebar di dalam  masyarakat seperti mementingkan diri sendiri, rasuah, lemah, malas dan  sebagainya.

Rakyat yang redha hidup  dalam kehinaan dan rendah nilai, lalai dari menjalankan kewajipan,  tertipu oleh kebatilan, menuruti hawa nafsu, hilang kekuatan iman dan  kekuatan jemaah lalu menjadi mangsa kepada pencuri dan orang-orang yang  tamak”. [Hasan Al-Banna, Risalah Muktamar VI]

“Matlamat Ikhwan Muslimin yang paling asasi ialah perbaikan menyeluruh dan sempurna, semua kekuatan Umat tolong menolong melakukannya dan seluruh Umat menuju ke arahnya, mencakupi, merubah dan mengganti seluruh aspek kehidupan dan negara” [Hasan Al-Banna, Risalah Muktamar VI]

Oleh itu dakwah kita menyeru melalui  satu dakwah, mengimani dengan satu manhaj dan fikrah, memenangkan satu  akidah, bekerja membimbing Umat ke arah satu sistem masyarakat yang  lengkap dan menyeluruh yang dinamakan “Islam”. Dakwah kita menyeru ke  arah membangkitkan Umat Islam Contoh yang menghayati Islam yang sebenar,  sehingga dunia mengenalinya sebagai Negara Al-Quran di mana umat  dibentuk dengan acuan Islam, umat mempertahankannya, mengajak kepadanya,  berjihad di jalannya dengan berkorban jiwa dan harta.

Dengan ini kita mengajak semua umat  Islam kepada akhlak Islam dan perpaduan Islam. Dengan mengimani dan  menghayati prinsip jelas dan penting ini, mereka, khususnya yang berada  di dalam parti-parti politik agar menolak pimpinan yang korup, rasuah,  maksiat, membantutkan perlaksanaan Syariat, membiarkan Budaya Barat  menyerang umat Islam dan menolak perpaduan dan kesatuan Umat Islam atau  menjadikan “perpaduan” sebagai umpan ataau helah politik sempit  semata-mata, dalam pemilihan pucuk pimpinan parti mereka, pemerintah  atau pembangkang, di semua peringkat. Hanya pimpinan yang berakhlak  Islam dan berjuang ke arah perpaduan keseluruhan umatnya sahaja yang  dapat diharapkan mengembalikan semula kekuatan umat dan membangunkan  negara di atas landasan yang sahih. Selain itu, jalan yang direntas  tidak membawa ke arah matlamat sebenar dan hakiki yang digariskan Islam.

Ustaz Abdul Halim Abdullah,

Pengerusi Biro Dakwah,

Ikatan Muslimin Malaysia

Blog: Ini Jalanku

Abdullah Zaik: Hasan Ali pejuang Islam tegar
KUALA LUMPUR, 9 Januari - Bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali adalah  seorang ahli PAS yang tegar dan konsisten dengan perjuangan parti  tersebut untuk memartabatkan Islam, kata Presiden ISMA, Ustaz Abdullah  Zaik Abdul Rahman.

Menurutnya, Dr Hasan amat sensitif tentang perjuangan survival agenda Islam, bangsa Melayu dan institusi raja di negara ini.

Ustaz Abdullah Zaik berkata demikian  semasa sidang media di rumah Dr Hasan di sini semalam. Beliau dijemput  sebagai wakil NGO Islam.

“Walaupun Dr Hasan menghadapi banyak  tekanan ketika menguatkuasakan enakmen jenayah syariah di Selangor,  namun beliau tetap komited melaksanakan tugas-tugasnya,” ujarnya.

Sidang media tersebut diadakan oleh Dr  Hasan bagi memberi penjelasan kepada orang ramai berhubung keputusan PAS  Pusat memecat keahlian beliau daripada parti tersebut berkuatkuasa  serta-merta.

Antara tokoh-tokoh yang turut memberikan  ucapan ialah Ustaz Nasharudin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS dan  Norman Toha, bekas Setiausaha PAS Selangor.

Ustaz Abdullah Zaik melahirkan rasa  sedih dengan ujian yang menimpa Dr Hasan dan mendoakan beliau diberi  kesabaran menghadapinya.

Sumber: www.ismaweb.net