Edaran Risalah Semarakkan Ibadah Ramadhan
admin | Aug 21, 2010 | 0 comments
MELAKA TENGAH, 14 Ogos – Saban tahun, setiap kali hadirnya bulan Ramadhan, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Melaka pastinya tidak ketinggalan mengadakan program edaran Risalah Ramadhan ke seluruh pelusuk negeri.
Kali ini bertempat di Melaka Sentral dan kawasan sekitarnya, misi yang bermula jam 11:00 pagi ini berlangsung kira-kira dua jam dengan lebih 400 risalah berjaya diedarkan kepada orang ramai.
Menurut Mohd Fais Bin Mohd Yusoff, pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang terlibat dengan program ini, antara objektif utama edaran Risalah Ramadhan ini untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan orang ramai terhadap bulan Ramadhan selain menonjolkan imej ISMA dan PEMBINA sebagai NGO Islam yang prihatin dan mesra masyarakat.
Hampir 20 orang ahli dan sukarelawan ISMA dan PEMBINA terlibat dalam program kaliĀ ini.
Dilaporkan oleh
Media ISMA
Media ISMA
Filed Under: Berita • Catatan Perjalanan





