Dedahkan anak-anak dengan aktiviti yang baik

JOHOR BAHRU, 22 Jan. – Anak-anak perlu diberi pendedahan oleh ibu bapa supaya mereka seronok untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang baik sepanjang proses pembesaran mereka, kata Ustazah Nurul Huda Baharin.

Justeru itu, kata Pengerusi Kelab Nadi Ashbal wa Zahrawat ISMA (NAZIM) Cawangan Johor tersebut, program-program yang dianjurkan oleh Kelab NAZIM ini adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak supaya mereka dapat meluangkan masa dengan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan.

“Program anjuran Kelab NAZIM yang diadakan ini juga adalah untuk memberi peluang kepada semua anak-anak supaya mereka dapat meluangkan masa dan melibatkan diri dengan semua aktiviti-aktiviti yang telah disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemuramah oleh wartawan Media ISMA di program Bengkel Al-Quran dan Kraf Anak-Anak anjuran Kelab NAZIM Cawangan Johor di sini hari ini.

Program pertama tahun 2012 anjuran Kelab NAZIM ini diadakan sebagai satu tarikan kepada anak-anak NAZIM supaya mereka lebih gemar untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan pada sepanjang tahun.

“Jika kita melihat apa yang berlaku di sekolah-sekolah, tidak semua pelajar dapat mengikuti aktiviti yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah.

“Tetapi di Kelab NAZIM, insyaAllah kita akan pastikan anak-anak dapat mengikuti semua aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun 2012 ini,” jelas Ustazah Nurul Huda lagi.

Tambah beliau, antara objektif utama program ini juga diadakan adalah untuk melahirkan anak-anak yang beriman, berilmu, cergas dan kreatif.

Oleh itu, ujarnya, anak-anak ini telah diberi pendedahan bahawa mereka perlu mengenali Allah dan mengenali Al-Quran yang diturunkan untuk manusia terlebih dahulu.

“Pihak penganjur juga telah menyediakan satu borang tindakan lanjut amalan baik serta akhlak mulia yang perlu diisi oleh anak-anak serta disemak oleh ibu bapa mereka untuk kami kenalpasti perkembangan mereka pada minggu yang seterusnya.

“Kami mengharapkan program ini bukan seperti program-program biasa, tetapi ia adalah program pendidikan dan tarbiyah yang berterusan bahkan sehingga mereka kembali kerumah dengan penglibatan dan peranan ibu bapa mereka sendiri sebagai pembimbing,” akhiri Ustazah Nurul Huda.

Program anjuran Kelab NAZIM ini telah mengumpulkan kira-kira 20 anak-anak dalam lingkungan umur 9 hingga 12 tahun dari sekitar daerah Johor Bahru dan Skudai.

Program ini juga telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu Bengkel Al-Quran dan Bengkel Kraf yang memerlukan anak-anak menghasilkan penanda buku mereka sendiri.

Sumber: www.ismaweb.net

Filed Under: BeritaKomuniti ISMANAZIMWanita dan Keluarga

Tags: , ,

About the Author

Mursyidi Mohammad merupakan Ketua Biro Media ISMA Melaka yang bergiat aktif dalam mengendalikan pelbagai seminar dan kursus di sekitar Melaka. Beliau merupakan graduan University of Auckland, New Zealand dan kini berkhidmat di Petronas Penapisan Melaka Sdn Bhd. Blog : www.mursyidi.com

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.